Sekiranya pekerja meninggal dunia akibat bencana kerja, orang-orang tanggungan berhak menerima faedah ini.
Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.
Tertakluk kepada :-
• Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari); dan• Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan bagi tempoh 6 bulan sebelum kemalangan).
Cara Tuntutan
1. Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:-
• Borang Permohonan (Borang 24);
• Permit Pengebumian/Sijil Kematian Pekerja*;
• Sijil Kelahiran bagi anak berumur di bawah 21 tahun*;
• Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*;
• Kad Pengenalan balu/ duda atau penjaga(mana berkenaan)*; dan
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon.

2. Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:
• Borang Permohonan (Borang 24);
• Permit Pengebumian/Sijil Kematian Pekerja*;
• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*;
• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*;
• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*; dan
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon.
• Permit Pengebumian/Sijil Kematian Pekerja*;
• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*;
• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*;
• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*; dan
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon.
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO
Pembahagian Faedah
Berikut adalah pembahagian syer mengikut keutamaan:-
Tanggungan | Bahagi atas kadar harian penuh | Syarat |
Balu atau Duda | 3/5 | Terima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula mulai atau selepas 1 Mei 2005 |
Anak - Semua anak yang memenuhi syarat layak mendapat faedah termasuk anak kandung, anak tiri yang disara, anak angkat atau anak luar nikah. | 2/5 | Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal). Bagi anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, terima faedah selama anak itu tidak berupaya menyara kehidupannya. |
ii- Jika Orang Berinsurans meninggal dunia dan tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, faedah orang tanggungan hendaklah dibayar kepada:
Tanggungan |
Bahagi atas kadar harian penuh
| Syarat |
Ibubapa | 4/10 | Terima faedah seumur hidup |
Adik-beradik | 3/10 | Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal) |
Datuk nenek (Sekiranya ibubapa tiada) | 4/10 | Terima faedah seumur hidup |
No comments:
Post a Comment