CARUMAN


PDF

Majikan utama perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Jumlah caruman yang perlu dibayar hendaklah berpandukan kepada Jadual Caruman PERKESO.Rujuk Lampiran A - Jadual Caruman.

Kedua-dua kadar caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.

Jenis Dan Kategori Caruman

i- Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat)
• Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 55 tahun. Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

ii- Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan Sahaja)
• Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun dan masih bekerja;
• Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 50 tahun ketika mula-mula mendaftar dan mencarum dengan PERKESO;
• Orang Berinsurans yang menerima pencen ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan. Di bawah jenis ini caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Takrif Gaji

Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:-
• Gaji pokok
• Kerja lebih masa
• Komisen
• Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
• Elaun-elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya.
• Caj perkhidmatan (Service Charge)

Contoh:  
Gaji Pokok                  =     RM1000.00
Elaun kerja lebih masa =     RM250.00
Elaun sara hidup          =     RM100.00
Jumlah gaji                  =     RM1350.00

Caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO adalah sebanyak RM30.40 (Rujuk Lampiran A - Jadual Caruman). Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji iaitu:
• Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan
• Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
• Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
• Bonus tahunan

Nota - (Bayaran-bayaran yang disenaraikan itu adalah sebagai contoh sahaja dan bukannya lengkap. Jika majikan berkehendakan apa-apa penjelasan berhubung dengan takrif ‘gaji', sila hubungi mana-mana pejabat PERKESO yang berdekatan).

PDF

Bagaimana Membayar Caruman

Caruman boleh dibayar melalui tiga kaedah iaitu:-
i) Pembayaran melalui bank-bank perdagangan.
Bagi majikan yang mengemukakan pembayaran menggunakan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak. Bank-bank yang dilantik oleh PERKESO adalah:-
• CIMB Bank Berhad
• Maybank Berhad
• RHB Bank Berhad
• Public Bank Berhad
• Bank Muamalat
• Pejabat Pos Malaysia (bagi Sabah & Sarawak sahaja).

Nota :
Cetakan slip pengesahan bayaran adalah bukti caruman telah dijelaskan oleh majikan. Majikan adalah dinasihatkan supaya membuat salinan dan menyimpan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) untuk tujuan catatan.
Jika Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak dari PERKESO, tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil perhatian:-
i-   Catatkan jumlah caruman yang kena dibayar bagi pekerja itu di ruangan (6) Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A)
ii-  Jika tiada caruman sebab cuti tanpa gaji, masukkan angka 00.00 di ruangan (6)
iii- Tandakan X di ruangan (2) jika pekerja telah berhenti kerja dan masukkan tarikh berhenti kerja di ruangan (3)
iv- Isikan tarikh mula kerja untuk pekerja yang tidak tersenarai sahaja di ruangan (3). Pendaftaran pekerja sedemikian hendaklah juga dibuat dalam Borang 2
v- Apabila semua caruman telah dicatat dan disemak untuk ketepatan, jumlah itu hendaklah dicampurkan dan jumlah pada tiap-tiap muka itu dibawa ke hadapan (jika ada) dan jumlah besar dicatatkan di muka yang terakhir  Tandakan (/) sama ada bayaran tunai atau cek di kotak yang telah disediakan dan amaunnya di ruangan yang disediakan bagi maksud itu
vi- Jika bayaran dengan cek, nombor cek itu hendaklah dicatatkan di ruangan yang telah disediakan bagi maksud itu dan Nombor Kod Majikan dan bulan caruman hendaklah juga dicatatkan di belakang cek itu. Cek hendaklah atas nama Kumpulan Wang Keselamatan Sosial. Sila pastikan jumlah cek itu adalah sama dengan jumlah besar dalam Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) itu
vii- Isikan semua butir yang berkenaan seperti Nama Majikan, No. Kod Majikan, Bulan dan Tahun Caruman dan No. Akaun Bank PERKESO dalam slip bayaran caruman PERKESO yang mana boleh diperolehi di bank itu
viii- Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) yang telah disempurnakan itu hendaklah dikemukakan kepada bank yang diluluskan bersama-sama dengan Slip Bayaran caruman PERKESO yang telah disempurnakan itu untuk tujuan pembayaran
Slip Bayaran itu adalah dalam tiga salinan iaitu salinan bank, salinan PERKESO dan salinan majikan. Pihak bank akan mengesahkan terimaan bayaran dan memulangkan salinan majikan. Majikan hendaklah menyimpan salinan itu dan dikemukakan apabila diminta oleh Pegawai Pemeriksa PERKESO. Sekiranya terdapat caruman terkurang bayar bagi sesuatu bulan itu, caruman yang terkurang itu hendaklah dibayar melalui bank-bank yang diluluskan mengikut cara yang dinyatakan di atas dengan menggunakan Jadual Caruman Terkurang Bayar (Borang 8B) yang mana boleh diperolehi di pejabat PERKESO yang berdekatan. Majikan hendaklah mengisi semua butir yang berkenaan dalam borang itu seperti nama dan alamat majikan, nombor kod majikan dan bulan caruman.

ii)  Pembayaran melalui Perbankan Internet
Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank berkenaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi bank-bank berikut:-
(a) Maybank Berhad (MayBank2e.net, 03-20727192, 1 300 887788)
(b) CIMB Bank Berhad (Biz Channel, 03-22956199, 1 300 880 900)
(c) RHB Bank Berhad (eHR2, 03-92806657)
(d) Public Bank Berhad (PBeBank.com, 03-21766751)
Nota: Nombor telefon tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh pihak bank.
iii)  Pembayaran di pejabat PERKESO
• Pejabat PERKESO hanya menerima pembayaran melalui cek atau kiriman wang pos sahaja. Bagi majikan yang mengemukakan rekod caruman melalui disket/pita komputer, pembayaran hendaklah dibuat di pejabat PERKESO dimana majikan didaftarkan.
• Majikan digalakkan menghantar Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) melalui pita atau disket. Bagi tujuan ini, majikan boleh berhubung dengan pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my.
• Majikan digalakkan menggunakan sistem ini kerana:-
i- Penghantaran Jadual Caruman dalam bentuk disket/pita dan bayaran caruman bulanan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat PERKESO di seluruh negara.
ii-Pemprosesan caruman bulanan dapat dipercepatkan dan masalah kemasukan data dapat dikurangkan.

Tempoh Masa Membayar Caruman

Caruman yang kena dibayar bagi sesuatu bulan itu hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir bulan yang berkenaan dengan caruman itu kena dibayar. Misalnya, caruman yang kena dibayar bagi bulan April 2007 hendaklah dibayar tidak lewat daripada 31 Mei 2007.

FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB)

Bagi majikan-majikan yang gagal menjelaskan caruman bulanan dalam tempoh yang ditetapkan, FCLB akan dikenakan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja, 1971 dibawah Peraturan 33. Faedah yang dikenakan adalah mengikut kadar sebanyak 6% bagi tiap-tiap satu hari caruman itu tidak atau terlambat dibayar selepas tamat tempoh dengan syarat:
(a) jika amaun faedah yang dikira adalah kurang daripada RM5.00, maka faedah yang perlu dibayar adalah RM5.00 bagi setiap dan sebahagian daripada bulan-bulan yang berkenaan;
(b) jika amaun faedah melebihi RM5.00, maka faedah yang perlu dibayar adalah mengikut pendaraban RM5.00 berikutan yang paling tinggi bagi setiap dan sebahagian daripada bulan-bulan yang berkenaan.

Contoh 1:
Majikan telah membayar caruman untuk bulan Februari 2006 sebanyak RM50.50 pada 15.5.2006.

Cara pengiraan:
RM50.50 X 6% X 30/365 = RM0.249 (FCLB yang dikenakan adalah RM5.00)
RM50.50 X 6% X 15/365 = RM0.125 (FCLB yang dikenakan adalah RM5.00)
Majikan telah lambat membuat bayaran selama 45 hari maka amaun FCLB yang dikenakan adalah RM10.00

Contoh 2:
Majikan telah membayar caruman untuk bulan Februari 2006 sebanyak RM5000.00 pada 15.5.2006.

Cara pengiraan:
RM5000 X 6% X 30/365       = RM24.66 (FCLB yang dikenakan adalah RM25.00)
RM5000.00 X 6% X 15/365 = RM12.33 (FCLB yang dikenakan adalah RM15.00)
Majikan telah lambat membuat bayaran selama 45 hari maka amaun FCLB yang dikenakan adalah RM40.00.

PEMBERITAHUAN TAMAT OPERASI

Setiap majikan yang ingin menutup perniagaannya atau memberhentikan semua pekerjanya hendaklah mengisi Borang 1A dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat operasi dan mengemukakan ke pejabat PERKESO yang berkenaan.

PENALTI

• Gagal atau lewat mendaftar perusahaan
• Gagal atau lewat mendaftar pekerja yang layak
• Gagal atau lewat membayar caruman

Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali

Borang-borang dan keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi mana-mana pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman web di www.perkeso.gov.my.

*JADUAL POTONGAN CARUMAN PERKESO



*BORANG 8A BOLEH DIDAPATI DI LINK DIBAWAH:

http://www.perkeso.gov.my/ms/component/rsfiles/download.html?path=Borang/Jadual+Caruman+Bulanan+(Borang+8A).pdf


No comments:

Post a Comment